Monday 6 February 2012

Seorang Pemimpin

Setiap orang adalah pemimpin.Setiap pemimpin bertanggungjawab terhadap orang yang dipimpinnya.justeru,menjadi pemimpin bukanlah menjadi sesuatu kebanggaan dan keistimewaan sebaliknya ia adalah amanah yang perlu ditunaikan dengan sebaik-baiknya kerana ia akan dipersoalkan oleh Allah pada akhirat kelak.Pemimpin tidak terbatas kepada pemimpin negara sahaja malah ia merangkumi pemimpin masyarakat,pemimpin keluarga dan pemimpin kepada diri sendiri.Sebagai seorang pemimpin,terhadap beberapa amanah yang perlu ditunaikan.Sebagai pemimpin masyarakat,pemimpin perlu membimbing masyarakat untuk mencapai kemajuan selaras dengan tuntutan islam untuk mencapai keredaan Allah..Sebagai ketua dan pemimpin keluarga,dia memimpin ahli keluarga supaya selamat daripada azab Allah dengan mendidik dan membimbing mereka kejalan yang benar..Sebagai pemimpin negara,tanggungjawab dan bebanan amat berat dan lebih banyak komitmen yang diperlukan.Secara umumnya,tugas pemimpin negara adalah untuk melaksanakan islam secara menyuruh menegakkan keadilan wujudkan keamanan dan kemakmuran...

Saturday 4 February 2012

Maulidur Rasul S.A.W

Sambutan memperingati Maulid (kelahiran) Nabi Muhammad S.A.W. bukanlah suatu perkara yang asing di dalam masyarakat kita. Tanggal 12 Rabiulawal setiap tahun inilah umat Islam akan memenuhi ruang masjid ataupun kawasan-kawasan terpilih untuk menyambut Maulidul Rasul dengan diadakan pelbagai acara seperti: Membaca al-Quran dan berceramah mengenai sirah baginda S.A.W. ataupun beselawat serta berzanji dan pelbagai acara lagi dan pada akhirnya kadang-kala diadakan sedikit jamuan. Mimbar-mimbar Jumaat juga tidak terlepas dari berkhutbah dengan penuh bersemangat untuk menyatakan cintanya umat ini terhadap baginda S.A.W.
Jika kita lihat sirah baginda S.A.W. maka kita dapati bahawa Rasulullah S.A.W. tidak pernah merayakan ulangtahun hari kelahirannya secara khusus sepertimana yang kita lihat pada waktu ini. Namun baginda hanya berpuasa pada hari Isnin kerana baginda dilahirkan pada hari itu. Dan perkara ini berlarutan (tidak merayakan sambutan Maulidur Rasul) sehinggalah selepas 300 tahun baginda wafat.
Nabi Muhammad S.A.W. lahir pada tahun Gajah iaitu tahun tentera Abrahah melanggar masuk untuk menyerang dan menawan kota Makkah. Namun percubaan untuk menawan Kaabah ini menemuni jalan kegagalan apabila Allah Taala mengantar sekumpulan burung Ababil untuk memusnahkan angkatan tentera Abrahah itu dalam sekelip mata sahaja. Mengikut pendapat yang paling hampir bahawa baginda S.A.W. telah dilahirkan pada 12 Rabiulawal tahun itu.Baginda S.A.W. adalah seorang yatim ketika dilahirkan. Bapanya wafat ketika usia baginda S.A.W. dua bulan dalam kandungan ibunya. Setelah dilahirkan baginda S.A.W. dipelihara oleh datuknya Abdul Mutalib kemudian disusukan oleh Halimah binti Abi Zuwaib dari puak Bani Saad Bakri. Kampung Bani Saad pada ketika itu mengalami kemarau yang teruk. Setelah sampai Nabi Muhammad S.A.W. untuk menyusu maka kampung tersebut berubah dari sebuah kampung yang tandus kepada sebuah kampung yang subur lagi menghijau. Di kampung ini jugalah baginda S.A.W. telah dibedah perut oleh malaikat ketika usia baginda lima tahun. Ini adalah di antara keberkatan dan mukjizat baginda S.A.W. yang telah dikurniakan oleh Allah Taala.Ibu baginda S.A.W. telah wafat ketika usia baginda enam tahun. Ini menyebabkan baginda S.A.W. menjadi yatim piatu. Kemudian baginda dipelihara dan dididik pula oleh datuknya Abdul Mutalib sehingga usia baginda lapan tahun. Setelah datuknya meninggal dunia baginda dipelihara oleh bapa saudaranya Abu Talib.Di sini saya ingin menyeru kepada semua umat Islam agar sentiasa mengingati serta mendalami sirah baginda S.A.W. dan mengambil pengajaran daripadanya. Sayangilah dan hormatilah baginda S.A.W.
 

Monday 16 January 2012

Akal manusia dicipta hebat tetapi tidak sempurna jika iman lemah

Kebolehan dan kehebatan akal manusia sangat sangat luar biasa. Ia boleh mengetahui rahsia alam dan seluruh isinya. Akal manusia boleh menjelajah kesemua empat penjuru dunia. Boleh menjelajah alam maya tanpa sempadan. Kemampuan akal manusia bebas, merdeka, gelanggang kehidupannya luas. Bagi akal manusia, dunia ini kecil sebesar mangkuk, ia berada di hadapannya dan dapat melihat segala isinya. Segalanya akal dapat perhatikan dan mengethui rahsianya. Ada minyak dan emas dalam bumi, ada gas di udara dan ada khazanah di lautan dalam. Semuanya akal dapat mengetahuinya.

Begitulah kehebatan akal manusia yang dicipta oleh Allah Taala, keboleannya luar biasa.

Namun walaupun akal manusia itu di cipta hebat manusia akan rasa hidupnya sempit kalau tidak ada iman atau iman nya lemah. Jika akal sahaja kuat dan merdeka sedangkan iman lemah akhirnya akal juga turut lemah.

Sebab itu Islam menyuruh umatnya jangan hanya menguatkan akal semata mata tapi yang penting hendaklah sentiasa kuatkan jiwa. Jiwa hendaklah dikuatkan dengan iman dan sifat sifat taqwa agar apabila di uji jiwa tidak sempit dan menderita. Fikiran tetap merdeka.

Oleh itu janganlah kita biarkan jiwa kita terkurung oleh dunia dan masalahnya. Jangan penjarakan akal dengan keseksaan nafsu yang memang tidak suka akal dan jiwa bebas dan merdeka. Yang paling penting hendaklah kita jadikan jiwa dan akal sentiasa bersama Tuhan dan jangan biarkan dia keseorangan. Kita jadikan Tuhan sebagai kawan jiwa dan akal kita, jangan lepaskan dia daripada berkawan dengan Tuhan.

Petua membentuk cinta abadi

Cinta sejati tidak pernah merasa sunyi walaupun orang yang tersayang tidak ada di sisi. Perasaan cinta, gambaran wajah kekasih, bayangan kenangan-kenangan manis dan harapan positif untuk membina hidup bahagia menjadi teman di kala bersendirian.


Apabila Anda bersendirian atau ketika pasangan tidak ada disisi, bayangakan seolah-olah dia ada di sisi Anda. Ketahuilah rasa sunyi dan rasa tidak diendahkan adalah emosi negatif.


Cara terbaik, imaginasikan seolah-olah pasangan ada bersama Anda, seolah-olah Anda mendengar suaranya, mendengar tawanya dan merasai kegirangannya. Bila Anda selalu lakukan teknik ini, Anda tidak akan pernah merasa sunyi walaupun kekasih hati tidak ada di sisi. Dengan melakukan hal ini, Anda sudah membina emosi positif, iaitu dengan merasai kenikmatan cinta.


Sedekahkah bacaan surah Al-Fatihah untuk dirinya, semoga dengan pahala yang Anda sedekahkan itu dia mengingati Anda selalu dan ingatan itu baik-baik sahaja. Cinta terbaik adalah cinta dibina berlandaskan agama, iaitu Anda mencinta pasangan Anda sebagai ibadah Anda kepada Allah.




Moga dari memberi cinta, Anda diberi pahala oleh ALLAH. Dengan pahala yang Anda kumpul, moga dari situ ALLAH merahmati kehidupan Anda lantas membukakan pintu-pintu kejayaan buat Anda juga buat pasangan Anda.

Monday 2 January 2012

Antara Cinta,Nafsu Dan Agama

Budaya berpasangan atau berkepit atau lebih dikenali sebagai 'couple' bukanlah perkara baru di kalangan remaja hari ini.Malah budaya ini seolah-olah menjadi satu kemestian bagi kebanyakan remaja.Tred ini dilihat sudah semakin meruncing terutama di kalangan orang Melayu orang menganut agama oslam khususnya kepada penuntut di  peringkat sekolah menengah dan pusat pengajian tinggi seperti politeknik sering dikaitkan dengan budaya ini malahan turut berleluasa di kalangan mereka yang sudah bekerja.
Penyakit sosial ini sebenarnya semakin tenat tanpa disedari lantaran ia bukan sahaja merugikan diri remaja itu sendiri malah turut mengabaikan ibu bapa,masyarakat,agama dan negara dengan perlakuan ini.
Benarkah budaya ini memberikan impak yanh positif kepada remaja,seperti,mana pernah diungkapkan oleh sesetengah remaja kononya budaya ini secara tidak lansung akan mengubah perangai atau kelakuan seseorang individu itu khususnya kaum lelaki akan menjadi baik secara mendadak.Mereka akan berusaha untuk menjadi yang terbaik di kalangan rakan-rakan yang lain untuk menambat hati pasangan masing-masing.Ini seterusnya berjaya menguratkan kadar masalah disiplin di pusat pengajian mereka.
Selain itu,ia boleh membantu individu untuk terus maju dalam bidang akademik.Hal ini boleh terjadi apabila pasangan masing-masing menjadi sumber inspirasi untuk mencapai kejayaan.Masing-masing akan berlumba dalam pelajaran untuk mendapat keputusan terbaik dalam setiap peperiksaan atau ujian yang dijalankan.Pasangan ini juga boleh saling membantu jika menghadapi sebarang masalah.
Begitu juga dalam bidang sukan.Pasangan akan menjadi pembakar semangat untuk memenangi sesuatu sukan yang dipertandingkan itu.Secara tidak lansung,fenomena ini dapat mewujudkan gaya hidup siaht di kalangan remaja masa kini.Masalah-masalah sosial yang semakin teruk kini setidak-tidaknya berjaya dikurangkan.

Sunday 1 January 2012

Mengenali Diri Anda

Mengenali diri sendiri berarti mengenal pasti anugerah (kelebihan) kurniaan Allah Taala kepada diri sendiri. Kemudian melaksanakan dan menggunakan anugerah (kelebihan) yang ada pada diri sendiri dengan cara yang terbaik.
Anugerah itu mungkin berbentuk keilmuan atau pun mungkin berbentuk kemahiran. Sesungguhnya setiap bidang ilmu dan pekerjaan dikenali dengan tokoh-tokohnya melalui kemahiran yang tertentu. Begitulah manusia, dianugerahkan dengan pelbagai kemahiran dan keistimewaan yang berbeza.
Keperluan kita untuk mengenal pasti kelebihan diri sendiri amatlah mustahak. Apatah lagi ia mampu menjulang individu ke puncak kejayaan. Dan dalam masa yang sama, kelebihan itu bisa berbakti kepada Agama, Bangsa dan Negara.
Mereka menjadi hebat dan pakar rujuk dalam bidang mereka disebabkan mereka memfokuskan tindakan kepada anugerah (kelebihan) yang telah dikurnuiakan oleh Allah Taala.
Berusahalah sedaya upaya demi mencari kelebihan yang dianugerahkan kepada anda. Melalui ilmu yang ada pada diri, kemahiran, percubaan dan pengalaman hidup, anda pasti akan menjumpainya..InsyaAllah...

MENTOR HIDUP

Seorang anak muda tidak patut mendabik dada menyatakan bahawa dia lebih berilmu dan lebih hebat daripada orang yang lebih tua dari mereka. Pengalaman hidup orang tua adalah aset yang cukup bernilai untuk dijadikan modal kehidupan.
Dalam kehidupan seorang mahasiswa, sepatutnya kita mempunyai Mentor untuk membolehkan kita mendapat tunjuk ajar seterusnya merancang dan mengatur langkah untuk terus maju kehadapan sebelum menjadi dewasa.Kehidupan adalah gabungan daripada beberapa aspek. Oleh yang demikian, merasa cukup dengan seorang mentor sahaja adalah satu kesilapan. Mungkin kita memerlukan 3,4,5 (atau lebih) orang mentor. Dengan ini kita adalah orang yang bertuah kerana mempunyai mentor (penasihat) dalam pelbagai bidang dan aspek.

BUKU SAHAJA TIDAK CUKUP

Buku adalah khazanah ilmu dan hikmah. Tetapi ia keseorangan tidak mampu mengeluarkan ilmuan dan cendikiawan dalam bidang tertentu.Tokoh-tokoh ilmuan dan cendiakawan dalam pelbagai seni ilmu dan bidang tidak hanya belajar di sekolah dan universiti, akan tetapi mereka belajar di Madrasah Kehidupan. Kehidupan adalah satu perlumbaan dan ia sendiri bertindak sebagai madrasah dalam melahirkan mereka yang benar-benar bermutu dan menang dalam perlumbaan kehidupan.
Pemidato yang hebat, tidak akan hebat sekiranya dia hanya membaca beribu-ribu buku teori berpidato. Kehebatan terserlah setelah diri memanjat mimbar dan pentas, diri menjadi hebat setelah percubaan demi percubaan dilakukan,diri menjadi hebat setelah melalui kepahitan kegagalan dan kemanisan kejayaan. Akhirnya kehebatan berpidato menjadi miliknya.
Begitu juga seorang jutawan tidak akan menjadi jutawan dengan membaca buku panduan menjadi jutawan. Buku hanyalah teori, dan teori ini sedia dipraktikkan oleh sesiapa sahaja di lapangan kehidupan..

APA YANG PERLU DALAM KEHIDUPAN

Kita memerlukan satu gambaran dan lakaran mengenai kehidupan diri sendiri. Ia adalah Catatan Misi Kehidupan yang mengandungi semua perkara yang penting dalam kehidupan. Kita perlu melakarkan matlamat kehidupan supaya kehidupan harian dan segala tingkah laku meniti di atas titian menuju matlamat.
Ingatlah bahawa, berusaha dan bersusah payah dalam menjadikan matlamat sebagai satu kenyataan memberikan keyakinan dan kepuasan kepada diri.

Tuesday 13 December 2011

Tidak menyahut seruan azan

Setiap hari apabila masuk waktu solat, maka seluruh masjid atau surau akan berkumandang seruan azan.Ini menandakan telah tiba masanya untuk kita menunaikan rukun islam yang kedua iaitu solat fardu lima waktu sehari semalam.Sebaik-baiknya perintah Allah SWT ini didirikan pada awal waktu.
Seseorang yang memiliki iman yang mantap akan segera menyempurnakan solat secara berjemaah kerana ganjaran pahala melebihi daripada solat seorang diri.Manakala bagi insan yang sebalikya pula,mereka tidak akan memenuhi seruan azan.Malah,ada yang tidak mendirikan solat walaupun berada di rumah.Fenomena sebeginilah yang sangat menyedihkan umat islam.Kehidupan sebahagian muslim kini sudah jauh menyimpang daripada konsep ajaran islam yang sebenar.Mereka bukan saja tidak segan silu meninggalkan solat fardu malah,solat jumaat yang hanya seminggu pun turut diabaikan.Mereka lebih mementingkan urusan kerja,jual beli atau perkara yang melalaikan seperti bermain dam atau bersantai di gedung membeli belah.Ulama ada mengatakan bahawa barang siapa yang tinggal berdekatan dengan masjid tetapi tidak menjawab azan dan hanya bersolat di rumah saja tanpa ada keuzuran,nescaya tidak sempurna solatnya.Ini kerana kewajipan solat berjemaah di masjid adalah jauh lebih afdal dan ganjaran pahala 27 kali dengan berbanding solat bersendirian.Seseorang yang tidak memenuhi panggilan azan untuk bersolat jemaah,mereka tergolong orang yang hina dan akan mendapat ancaman besar daripada Allah S.W.T di akhirat kelak.Ulama fiqh berpendapat bahawa jika seseorang itu mendengar azan,tetapi sengaja tidak mahu menjawab azan tersebut,maka pada hari kiamat dia berada dalam keadaan gelap gelita.